Demam. Feeling Sick.

Demam yang luar dari kebiasaan kali ni.
Panas pelik. Sakit badan habis.
Kafarah dosa yg bertimbun mungkin.

Semalam ke klinik dgn teman serumah, K.Syida.
Alhamdulillah makin ok lepas balik klinik. Tenang skit hati jumpa Dr yang baik.
Memang Dr pun kena belajar psikologi manusia. Kalau x, makin teruk sakitnya.
Sakit ni kadang2 bermain dgn mindsetting jgak, kalau dah negative mindsetting nya, lambatla nak sembuh.
Kena sentiasa positif. Barulah cepat sihat. Allah buat semuanya cantik. Sakit demam mesti ada hikmahnya.

Satu benda yg tibe2 terlintas masa atas motor otw blik dr klinik smalam, org perempuan memang kena kuat semangat. Kena berjiwa besar. Tak boleh manja2 (wpun aku tau kebanyakannya manja kededek- dan aku pun sama). Kalau setakat demam, panas satu badan, luka sikit kat tangan, jatuh motor, luka kat kaki sbb tersepak pintu jamban,. takyah nak kecoh sgt.. Sabar saja.. Amik ubat, rehat. Senang.
Tak perlu nak dihebah pada orang sekampung, riuh dalm fb pasal jari hantu koyak (unless gtau tu utk org amik ibrah supaya berhati-hati).

Lagi satu, org perempuan perlu tabah skit. Sakit sikit2 tahan je la.
terutama yang duk jah dengan mak ayah, dengan suami ke. Mak, ayah dan suami mana tak bimbang kalau asyik duk tepon gtau sakit. Takkan la dorang nak dtg semata2 tengok awak. Tmbah plak suami duk jauh. Tak ke jenuh dia nak amik bas, beli tiket flight semata2 nak jumpa awak yang cuma koyak jari hantu. Saborr je la.

ini sdikit tips : kalau badan panas sgt, rendam asam jawa / daun bunga raya. Air tu buat demah kepala (istilah aku sendiri ni. Alah amik tuala rendam dlm air tu pastu ltak kat kepala. Jangan lupa perah tuala tu dulu).
Petua mak ni. InsyaAllah cepat sejuk badan. Positif thinking pon ubat jgk. Jgn duk lemah sgt.

Ok, ini mood org demam yg sdg mencari kekuatan.
Pesan buat diri sendiri dan wanita2 diluar sana.

Peace. semoga cepat sembuh semua. :)

Comments

Popular Posts