How to stay ‘energetic’ during walking through this road not taken ?


Em,,what is the topic means?? stay energetic? well,,what is energetic means actually nya? stay energetic bagiku -tetap kuat dan bertenaga serta teguh walau sekuat manapun rintangan dan badai yang melanda pantai kehidupan kita.. >TETAP KUAT DAN TEGUH SERTA THABAT MENGHARUNGI MEHNAH DAN TRIBULASI PERJUANGAN<

Walking through the road not taken are not easy..compared to the road most chosen by the people…get it?! Yeah! You are strong my lovely friend! I know you! You are better in facing these compared to me!

Em,,kalau ada sahabat kita yg tgh down,,selalunya ayat2 motivasi serta ayat2 penguat akan dituturkan utk menguatkan kembali semangat si sahabat..Namun,,daku masih kepeningan,,ayat sebagaimanakah yang mapu menguatkan seseorang itu?apa yang sangat daku bimbang-ayat yangku fikir ayat motivasi serta penguat buatnya itula yang menjadi ayat pembunuh buatnya..

Aduhh..sukar ya memahami isi hati manusia ini..sekalipun daku rasakan sudah cukupku kenali dirinya selama ini..Namun inilah kelemahanku..~well,I wishing of being a counsellor or psycologyst..but then?erk~

So,,how can I deal with the people that have problems? Problems ? masalah?oppss~

Kalau nak bercerita ttg masalah,semua orang boleh jadi pendengar yang sedia mendengar..Namun,berapa ramaikah yang cuba untuk  menjadi pembantu utk menyelesaikan masalah? kalau macam tu,,orang yang bermasalah akan terus menerus bercerita masalahnya yang tak berpenghujung tanpa peyelesaian..setiap kali bercerita,,setiap kali tulah hatinya terluka..last2,,sume org tahu dia ada masalah..tapi CUMA TAHU..tiada inisiatif diambil para sahabat utk menolong si sahabat ini..apakah si bermasalah akan bertukar dengan sendirinya? apakah masalahnya akan selesai sedikit demi sedikt mengikut bilangan orang yang mengetahui masalahnya?


TIDAK! Tidak sahabat-sahabat! Masalah tidak akan selesai andai kita asyik memkirkan masalah itu..masalah hanya akan selesai apabila kita memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah itu..dan berapa orangkah yang sanggup utk tolong berfikir utk masalah sahabatnya? Apa perlu kita peduli pada sahabat kita tu?

hmm..you can ask and answer it by yourselves-the one who call yourselves as a friend.
Sekuat-kuat kekasih Allah pun,Nabi Muhammad tetap manusia yang punya sifat harus              
bagi manusia..bukan baginda tak pernah bersedih dalam menghadapi mehnah dan ujian dariNya..Tapi kerana kuatnya pergantungan baginda dengan Sang Pencipta,rasa keluh kesah itu hilang..walau sekuat manapun ujian dan kesakitan yang ditanggung hatinya.. 
                                     
Erm,bagaimana pula dengan kita? Mengapa kita lebih memilih untuk berhati kecil bila berhadapan dengan kesakitan? Mengapa kita lebih memilih untuk menjadi seseorang yang diketahui ramai sebagai yang bermasalah? Tidak kuatkah kita ni? Perlu sangatkah mengadu semua masalah pada orang lain? Mengapa kita tidak memilih untuk menjadi seperti dia,,seorang lelaki hebat yang bernama Muhammmad bin Abdullah? Kenapa kita tidak memilih untuk melebihkan pergantungan kita pada Sang Pencipta berbanding kepada manusia yang juga lemah?

Percayalah sahabatku yang merasakan dirimu menanggung kesakitan yang amat,,andai  fokusmu hanya untukNya,,ku yakin dan pasti,,semuanya akan selesai dan ketenangan bakal menjadi teman hidupmu kelak..
Bukanku berkata-kata atas dasar mengambil hatimu atau ingin menyedapkan hatimu sahabat tersayang..Tapi,,ini adalah perkongsian dariku yang pernah hampir kecewa dengan hidup di masa dulu..terlalu sakit saat itu sahabat..terlalu! dugaan dan ujian yang datang terlalu berat buatku yang baru setahun jagung..dugaan bersilih ganti..kedai yang baru dibuka tidak berpelanggan,pekerja di kedai yang bertukar ganti,abah yang terpaksa dipotong kakinya terlantar di wad hampir berbulan lamanya,beberapa subjek yang gagal dalam peperiksaan,kakak-kakak yang melahirkan anak tanpa ditemani ibunya kerana si ibu terpaksa menjaga si suami yang lebih memerlukannya,kakak yang kematian anak lelaki sulungnya…ah,,sudah tak sanggup aku listkannya..smuanya Dia rancang untuk diplaykan pada masa yang sama..

Hmm..ujian Tuhan sahabat..berbagai-bagai..hinggaku terfikir,apakah terlalu buruk takdir buatku?apakah terlalu hina aku ini untuk menerima kehidupan senang seperti mereka yang lain? Mengapa aku? Mengapa hanya aku?Oh..Ampunkan daku Ya Allah..Ampunkan aku andai fikiranku yang tak keruan ini menyalahi akidahku sebagai seorang Islam..meyalahi rukun imanku..Astaghfirullah..

Ya Allah,sungguh aku tidak tertanggung akan sakitnya ujian ini  Ya Allah..Aku hanya hambamu yang lemah..Ya Allah,lapangkanlah dadaku,tenangkanlah hatiku,tabahkanlah hatiku ini menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian..Aku mohon hanya padaMu Ya Allah..

Doa itu seringku panjatkan setiap kali selesai menghadapNya..kekadang diri ini merasa letih menangisi kesakitan itu! Letih kerana berjiwa kecil! Letih kerana lebih memilih untuk bergantung pada kawan-kawan yang namanya manusia,yang juga lemah sepertiku! Oh..disaat ku mencari tempat untuk bergantung di dalam kelemasan hidup ini,didikan di kebun tarbiyah itu begitu banyak meninggalkan kesan buat diriku..dan hasil didikan yang menekankan kebergatungan hati serta kefokusan hamba kepada Sang Pencipta cukup mematangkanku dalam berfikir..dan saat itu,,seperti yang telah kukatakan tadi sahabat, ketenangan telah menjadi teman hidupku..alhamdulillah~

Every cloud has silver lining..there’s something for us in everything that happens in ourlife..He wants to give us many valuable things during His plans..

Buat sahabat yang sedia mendengar keluhanku,terima kasih atas kesetiaanmu itu..amatku hargainya..rasa lega bertandang setelah ku kongsikan masalahku..

Buat sahabatku jua,andai kau hadapi kesakitan,kuatlah! Tetap teguhlah hatimu menghadapinya! Em,sebenarnya,daku kematian kata-kata dalam memberimu semangat..bukan kerna tidak ingin membantu..tetapi,daku amat bimbang andai ‘kata-kata semangat’ ini membuat luka bernanah..
Asif ya..

Salam perkongsian buat semua..

SIMPTOM-SIMPTOM JAUH DARIPADA ALLAH

Fikiran serabut - Cepat marah - Selalu merasa bosan - Poket kering -Hutang keliling pinggang - Datang penyakit - Hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarannya - Dihina dan dipinggir orang - Wajahnya penuh kusut dan kusam - Dia senyum dan ketawa di hadapan orang tetapi menangis apabila bersendirian - Masalah datang bertimpa-timpa - Lambat jodoh - Tidak mendapat zuriat - Tidak merasa puas dengan kehidupan -Keliru dengan identiti/keinginan hidup - Bahagia yang sementara - Sering ada penghalang dalam urusan kehidupan - Tidak merasa bahagia dengan nikmat Allah - Tunai tanggungjawab dengan tidak ikhlas

~renung-renungkan sahabatku!~



Comments

  1. Assalamualaikum,
    mus...^_^
    baru lepas ziarah+ronde2 td..
    sukerla ayat ni.."ketenangan telah menjadi teman hidupku..alhamdulillah~"
    hehe...
    mus,teruskan memberi, what u give u get back =)!

    ReplyDelete
  2. failure is the beginning of growth, not the beginning of end

    ReplyDelete
  3. wsalam kinah.. :)
    insyaAllah.. i'll try my best..terus jadi bahu utk sy tompang ye..

    abas: ya,, and we'll learn many things of that failure..rasa bertuah plak kerna Allah bg pluang utk rasa ujian2 Dia..yg akhirnya benar2 membuatku tersedar!

    ReplyDelete
  4. MEMANG KENA SEDAR PON! DAH LAMA SANGAT LENA!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts