- .: Moto Oh MOto :.-

“Kie, ajar ak bwk motor kie..”
“ G lah amik anak kuncinyo” dan,, dengan semangatnya ak terus amik ank kunci kat dapur..
Heheh..balik raya haji ni aku blaja bwk moto la..(Nampak bebenor x reti bwk moto nya)..  :P
Kali ni, daku cuma mau bercerita ttg motosikal..perghh.. baru reti ‘preh’ moto,dah nak cakap psl motosikal..
Well, biasala..kita kena amik tahu ttg semua benda kan? Nanti tak yah la nak mitak tolong org laki kalo moto rosak..(ini la kelemahan org perempuan).. lagipun ilmu gak tu..ilmu permotoran .. :P
Orait..sbb ak ni baru je kenal motor dan adik beradiknya,,nak jugaklah rasanya dikongsi dgn KORANG semua..

hehe..gmbar hiasan je ni..

panduan ni lebih kepada mereka yg baru beli moto la..
1. Jadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan enjin secara maksimum.

2. Gunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti minyak pelincir Shell yang dicipta khas untuk motosikal.

3. Pastikan juga motosikal anda sentiasa dibersihkan dan seperti yang pernah diperkatakan, basuh sendiri motosikal dan teliti setiap bahagian sambil memeriksa setiap komponen untuk mengenal pasti kerosakan kecil yang mungkin dialami.

4. Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.

5. Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian.

6. Dapatkan nasihat rakan berpengalaman dan pelajari cara mengenal pasti tahap kehausan. Sebagai contoh, tayar mempunyai penanda tahap kehausan untuk memberi panduan bilakah tayar perlu ditukar. Bateri pula perlu diperiksa tahap elektrolit dan selalunya tahan sehingga dua tahun.

7. Penelitian adalah penting untuk memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan baik. Hantar motosikal untuk diperiksa mekanik bertauliah seandainya dirasakan perbezaan sewaktu mengendalikan motosikal anda. Ini menjamin tahap keselamatan jentera dan menjanjikan kepuasan jangka panjang.

Catatan pembelajaran moto:-

Hari 1: 5 Nov. 2011

Berjaya hidupkan enjin dan ‘preh’ motor tu. Suka yang amat! Ma senyum je tgk ak ni terkial-kial nak hidupkan moto tu.. Adik ak, si Baihaqie tu plak dengan semangatnya pegang moto dia tu takut jatuh..hehe.. (jangan bimbang kie, achik ni takde la teruk sgt *O*)
Hari ni kejap je duk atas moto sbb dah maghrib..Kena masuk rumah dah..

Hari 2 : 6 Nov.2011

3.00 ptg: Berjaya buat moto tu bergerak.. Yeay! Haha..Satu kejayaan terbesar buatku..Joyah n Baihaqie bimbang giler tgk ak naik moto tu.. Ak plak,bwk moto tu nasib baik x masuk ‘ghok’ je..haha.. Tapi diri perasan cool..Dalam hati Tuhan je yg tau betapa berdebarnya..huh.. Ak rasa dua kali moto tu bergerak dah cukup kot utk hari ni..Esoklah plak..tapi tak taula kalu ptg2 nati aku rembat lg moto Baihaqie tu.. :P   Agak2,esok aksi apa la plak yg aku buat.. whilley kot..huu

7.55 mlm: Akhirnya! Ak Berjaya bawak moto! Siap bonceng baihaqie lagi..heheh.. hebat tak? Pandai bwk moto dlm masa 2 hari.. :P   Tahniah Atie Musfirah.. kalimat yg tak kulupa, Man Jadda Wajada..Man Shabara Zhafira.. Walaupun takut +berdebar+terketar2,,aku gagahkan jugak..dan akhirnya,berkat kesabaran,Allah permudahkan urusanku nak blajar bwk moto..Alhamdulillah.. J Sebakul  TQ buat adik tersayang,Bahaqie sbb sabar ngan daku yg sibuk nak bwk moto dia..hehe..sayang kamu Kie.. tak lupa buat Joyah yg  asyik ketawakan aku ms aku bwk moto tu.. Jua Ma yang asyik senyum je tgk gelagat kami adik bradik terkial-kial atas moto tu..Ntah apa yg Ma fikir..mungkin mendoakan aku cepat pandai bwk moto kot..sbb tu cepat pandai ni…hee

Hari 3: 7 Nov.2011


Bonceng Baihaqie ke 7e.. huhu,sampai je kat 7e,diri dah pucat 'lessi'.. :P

Alhamdulillah..Syukur.. Dah lepas satu.. lps ni kereta plak..masih bnyak skill2 yg perlu dikuasai nih..
Buat sahabat2  powerpuffmuslimatgirl ku,,
Hee,,sy sudah berjaya sahabat2! Nanti kita boleh g ke’mana2’ sama2 la lepas ni ye.. tak yah nak menyusahkan ben10 lagi..heheh.. J
Sahabat Ben10 sila jangan murka ya.. J  Bukan bermaksud menyisihkan kamu,tapi kami juga mahu jadi powerpuff yanghebat! Yang bisa bergerak tanpa Ben10..

NOtakaki:
 1) Teruskan usaha dgn penuh tenang dan gembira dalam apapun..Sematkan Allah dalam Qalbu,dan pasti semuanya  berjalan lancar.. J
 2) Doakan daku cepat pandai bwk kereta plak ye.. TQ J



Comments

Post a Comment

Popular Posts