sudah b0san dgn usrah?
Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah
jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan
Al Banna kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam
masyarakat Islam.
Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian
berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.
Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa
usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan
dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.
Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat
membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.
But oince, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan
memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat
dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.
Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini.
Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman
dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.
Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa
kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada
penyusunan-penyusunan.
Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan
kita; kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak
dapatkan redha Allah???
Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?
No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak
berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.
Adik2 yg dirahmati Allah...
Kita hidup dalam jemaah yang didirikan manusia. kita
berinteraksi dengan manusia.
Tak semua orang best memberikan usrah. Tak semua orang tahu
menjadi murabbi. tak semua orang kenal mutarabbi dia dan tahu apa yang mutarabbi
perlukan.
Dan antum tahu tak? Tak
semua naqibah/naqib kita ada usrah yang konsisten pun.
Kerana individu-individu dalam jemaah kita ini mempunyai banyak
sangat kekangan.
Ada yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan pelajaran,
pekerjaan dan sebagainya.
Memang nampak itu semua seakan-akan alasan. Namun inilah hakikat
yang perlu kita sedari.
Kita perlu menyantuni mereka kerana kita tak diuji seperti mana
mereka lagi. Mungkin kita tahu, idealnya, usrah perlu ada everyweek.
Jika tidak dua minggu sekali. jika tidak sebulan sekali.
Namun memang ramai sahaja afrad dalam jemaah kita ini tidak
berusrah selama berbulan-bulan.
Maka apakah produk manusia yang dia dapat hasilkan jika usrahnya
sendiri tidak diberikan sebaiknya?
Ini tidak bermakna kita memusuhi dan menyalahkan jemaah kita.
Inilah dia jemaah kita. Kitalah yang membaikinya dari dalam. Bukan keluar
mencari penyelesaian, kerana mana-mana jemaah yang kita temui, pasti ada banyak
kelemahan dan cacat celanya.
Di sinilah kita perlu menerima kelemahan peribadi mereka yang
menjadi murabbi kita.
Hakikatnya mereka telah menyediakan 2 jam untuk mendidik kita
selama seminggu itu cukup besar pengorbanannya. Jika ada anak, dengan kerja
lagi, dengan tanggungjawap pada masyarakat lagi, namun dia sanggup mengambil
kita sebagai anak usrah dia.
Dan itulah pengorbanan yang amat besar. Terlalu ramai manusia di
dunia ini yang mahukan usrah, dan akhirnya kamu yang beruntung mendapat seorang
naqib yang mahu mendidik kamu walaupun dia tahu dia bukanlah yang terbaik untuk
mendidik kamu.
Jika dia mampu, dia mahu lepaskan kamu untuk dididik manusia
lain. Namun kerana cintanya pada kamu, dia relakan korbankan dirinya untuk
mendidik kamu.
‘ Tapi saya tak dapat langsung apa-apa dari usrah saya. better
tak payah pergikan? better belajar sendirikan?’
Ini bukanlah ucapan mereka yang baru setahun dua dalam tarbiyah.
Ini yang dah bertahun-tahun dalam tarbiyah.
Bukankah keberkatan itu letak pada jemaah?
Terletak pada majlis zikir? terletak pada majlis mengingati
Allah.
“Tidaklah
duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan
dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan
diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di
hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam
Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)
Astaghfirullah. Kamu tidak kenal lagi pengorbanan seorang ukhti,
yang terpaksa menaiki tren berjam-jam untuk menghadiri sebuah usrah. dan
usrahnya sempat dengar tazkirah yang tidak diprepare dengan baik pun.
Dan ukhti itu telah lama dalam tarbiyah. Kalau ikut hatinya,
amat meronta-ronta untuk mendapat tarbiyah yang lebih. Lebih mengisi jiwa.
Lebih mengisi keperluannya.
Namun dia tahu, jika perjalanannya selama berjam2 itu adalah
untuk mendengar seuatu yang baru dan dapat sesuatu untuk jadi bekalan, tentu dia
akan kecewa. tentu dia akan menyesal travel jauh-jauh .
namun hakikatnya, di sini Allah mahu uji keikhlasan kita.
Dengan ikhlas PASTI kita akan DAPAT sesuatu. PASTI. walaupun
biasa sahaja pengisian yang kita dapat.
Mahu uji sejauh mana kita faham konsep usrah, serta maknawi di
dalam usrah.
mahu melihat, adakah kamu tetap bersama karavan dakwah ini
kerana emosi ataupun kefahaman.
Terlalu ramai orang yang kecewa dengan tarbiyah jemaah ini satu
ketika dahulu. Dan kita melihat kesan ramainya rakan2 seperjuangan kita keluar
dari jemaah ini .
kerana apa mereka keluar?
Kerana tidak berpuas hati dengan tarbiyah kita, dan jalan kerja
dakwah kita.
Kerana mereka rasa boleh membaikinya dari luar.
Namun jemaah ini jemaah manusia.
yang realitnya sangat banyak kekangan.
Dan kitalah perlu menyantuni mereka.
kitalah yang perlu mencari apa kita perlukan. Kitalah yang perlu
mencari tambahan
. kita tahu apa yang kita mahu dan perlukan.
Maka carilah perkara itu. tiada siapa yang nak menghalang.
namun hendak berhenti dari pergi usrah, berhenti dari bersama
majlis zikrullah adalah a big No No.
kerana di situ syaitan akan mengikat kamu dan membawa kamu
bersama usrahnya
orang pessimis akan lari dan cuba terus mencari kesalahan.
orang yang optimis akan mengubah. dan sentiasa melakukan
pembaikan.
Di situ nasihat dan cadangan diberikan kepada naqib/ah. setelah
itu, jika keadaan tak berubah, kitalah yang perlu berubah.
kita perlu ikhlaskan hati kita. perlu sangat-sangat merasai
bahawa, komitmen kita pada usrah bukan sekadar pada isi dan bahan tarbiyah,
tapi komitmen kita pada Allah dan dakwahNya.
kita akan kecewa. ya, tapi di situ Allah nak ajar kita satu
perkara:
BERUSAHALAH UNTUK MENINGKATKAN DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ORANG
TERDAHULUMU!
ramai yang takut nak menjadi naqibah kita kerana expectation
kita yang tinggi pada mereka.
maka berpadalah dengan yang ada. bersyukurlah. Dan tingkatkan
dirimu sendiri. Jalan pasti ada.
Saya katakan: JALAN PASTI ADA INSYAALLAH.
dan jadilah naqibah yang terbaik. Kerana untuk menjadi naqibah
yang terbaik, bukanlah senang.
Jika kamu expect sesuatu dari naqib kamu, mutarabbi kamu tentu
expect sesuatu dari kamu juga.
Dan jika awak bosan, dan tak dapat apa2 dari usrah, adakah awak
rasa anak2 usrah awak akan terlepas dari perasaan itu?
Jika awak sendiri tak mahu komited dengan usrah, satu hari
nanti, anak usrah awak sendiri akan lari dari usrah.
Dan inilah sunnatulah kehidupan. Ianya dari pengalaman. Ianya
dari sebuah penceritaan.
Kerana usrah adalah tali hubung kita pada dakwah ILa Allah.
Jangan sekali-kali biarkan ia terputus kerana emosi kita!
Moga kita sentiasa berada dalam jemaah dakwah ini.
Paling penting, istiqamah, dari awal permulaan tarbiyah,
hinggalah ke penghujungnya insyaallah!
~dr Kakak Naqibahku,Kak Liza yg comel~
buat renungan semua terutama adik beradik liqa'ku..
saya amat-amat perlukan usrah...Ya Allah, jadikan aku seorang yang commit dgn usrah!..Tq Mus
ReplyDeleteinsyaAllah N0r! you will..
ReplyDeletesy pun perlukan bulatan itu sbb disitu sy kenal erti ukhuwwah dan perjuangan! :)
Share ye~
Deletekuma: sila2.. bukan sy punya jgk.. sharelah kebaikan tu.. :)
Delete