~warkahku buatmu..
Mei 2010,,
setiap kali selepas Isyak..
setiap kali selepas Isyak..
Buat sahabatku yang
kusayang dan sangat ku segani…
Usah kau terburu2
mengejar cinta insani..
Usah kau terburu2
menggapai cinta yang masih kau sendiri x pasti..
Usahlah terburu2
sahabat! Kita masih terlalu muda untuk menggapainya..
malah untuk berbicara tentangnya
jua aku x mampu..
Janganlah kau turutkan
bisikan2 halus dari Si Taghut..
Janganlah kau lupa
pada asal usul kita sahabat!
Benar,,kita hanya
hamba yang hina yang pasti menerima dugaan dan ujian hati dariNya..
Namun,jangan kau lupa
bahawa kita juga adalah hamba yang dipilih olehNya untuk berada di jalan ini...Untuk membawa
orang lain bersama menuju redhaNya..
Janganlah pula kita
yang punya ilmu ,punya pemikiran haraki,yang bertindak lebih dahsyat dari
mereka yang tidak diberi kesempatan olehNya untuk mendapat ilmu seperti
kita,sahabat….
Sahabatku sayang,,
Yakinlah pada janji
Allah… Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..
Yakinlah,setiap
pertemuan,jodoh,ajal dan maut itu berada di tanganNya…
Usah kau ragu..Andai
memang aku diciptaNya dari rusukmu,aku jualah yang akan setia berada di sisimu
nanti…menemanimu,membantumu di jalan ini
hingga ke akhir hayatku..
InsyaAllah,akan
kujadikan Saidatina Siti Khadijah teladanku
untukku berlari di jalan ini,bersamamu..
Bersabarlah..
penuhilah dahulu keperluan dirimu…
Ilmu masih banyak
perlu ditadah dan diisi didada..
Usah kau semakkan
hatimu dengan perkara2 yang tidak perlu
buat masa sekarang yang mungkin mengundang maksiat buatmu..
Andai waktu ini tidak
kita isi dengan pencarian dan penambahan ilmu,amatlah rugi kita ini…
Jika masa ini hanya
diisi dengan melayani hasutan Si Taghut keparat yang hanya bermatlamat
memusnahkan anak cucu Adam,amatlah rugi kita ini…
Mahukah
engkau,sahabatku,..keturunan kita nanti,hati mereka sangat mudah dihasut Si
Tanghut?Sangat mudah diperdaya?Hanya dek kerana kita tidak saling menjaga diri
masing2..tidak menjaga hati masing2…Sanggupkah engkau?Aku tak sanggup!Aku tak
rela!
Aku mahukan sebuah
Baitul Muslim yang mendapat redha dan rahmatNya..
Aku mahukan keturunan
yang yang dapat berkembang biak menjadi Mujtama’ Muslim yang akan
membentuk Daulah Islamiyah dan
seterusnya mencapai matlamat Khilafah Islamiyah yang dicita-citakan..Aku tidak
mahu keturunan kita nanti hanya menjadi manusia biasa yang hanya memenuhi ruang
diatas muka bumi Allah ini tanpa menyumbang apa-apa kepada Islam!
Aku mahu melahirkan
zuriat yang mampu menjadi pemimpin kepada seluruh umat Islam seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya
membebaskan Kota Constantinople daripada penjajahan empayar Rom Timur…atau
seperti Sultan Salehuddin al-Ayyubi yang membebaskan Baitulmaqdis!! Aku mahu
keturunanku adalah keturunan yang yang berada di dalam lindunganNya..dan ku
pasti dirimu jua begitu,sahabat!
Dan jika itu adalah matlamat kita
bersama….,aku pohon,,marilah kita bersama menjaga diri,,menjaga hati masing2
..supaya kita sentiasa berada di dalam
lindungan serta rahmatNya….supaya nanti
kita bakal melahirkan umat yang sentiasa dalam rahmatNya……Alangkah
indahnya saat itu !!!!
.................................................................................................................................................................
membelek2 diari lama dan terjumpa ini..
entah mengapa,Qalb ini rasa mahu menaip ini dan publish disini..
moga bermanfaat.. buat siapapun..
Jom jaga Qalbu~
.................................................................................................................................................................
membelek2 diari lama dan terjumpa ini..
entah mengapa,Qalb ini rasa mahu menaip ini dan publish disini..
moga bermanfaat.. buat siapapun..
Jom jaga Qalbu~
bermakna...syukran....
ReplyDelete