pelajaran di waktu cuti 1

terlalu banyak nak dikongsi ttg apa yg aku blajar during cuti semester hari tu.. sebab tu ada bahagian 1,2..he.he
takut korang boring la nak baca panjang2..

1. belajar memasak - sebab satu family demam..kalau tak? he.he. no more tido lepas Subuh.. pagi2 lagi dah bersiap utk masak breakfast..( nasi goreng je pun).. Tak tahulah budak2 ni nak makan apa terutamanya si Baihaqie, Damia dan Najwa tu kalau aku tak de kat rumah masa tu. Kak Za kakak ipar aku boleh je masakkan tapi dia pun demam.Tak mahulah aku menyusahkan. Lagipun, bila lagi nak test pandai ke tak kan?hu.hu.. Tapi kesian jugak la kat dorang sebab hari-hari makan nasi goreng je. walaupun nasi goreng je,abah puji sedap (kui3).

"Cuti seminggu ni biar buleh ijazah dalam bab masak memasak ni.. Buat praktikal terus kat rumah ni.."

Usikan Abah malam tu buat aku dan Ma tersenyum. Kelakar rasanya. Abah cakap macam tu sebab dia perasan,dalam seminggu tu rajin je aku duk kat dapur. Ada je benda yang aku nak masak. Biasalah Abah,buat persediaan awal-awal. Sikit2 lagi,senang. he.he.. Tak mahulah jadi macam kakak2 aku yang bertiga tu,lepas kahwin,selalu je call Ma tanya macamana nak masak. Kalau tak silap aku, nak buat Ikan Singgang pun call Ma. Ish,ish,ish..  ( Kak, Kak Ha, Joyah : Jangan marah ye.. Rahsia pecah disini..hihi )


2. belajar menjadi anak yang sedia berbakti - Ma demam teruk sangat.. badan dia panas.. sedih aku tengok.. Dan, air mata selalu mengalir laju bila mengurut2 badannya yang makin hari makin lemah tu.. Kadang2 rasa macam berlakon drama la plak,,si anak mengesat air mata dengan hujung baju melihatkan si ibu yang kian tak bermaya.   Tapi itulah realiti. Memang mengharukan time tu. 3 hari kedai kami tutup sebab satu keluarga demam. Tapi kedai tetap buka kalau ma tak demam. Dia pasti akan berniaga sorang2 kalau A.Din dan Kak Za tak leh berniaga . Ma terlalu kuat bekerja. Dari kecik sampai ke usia emas begini. Demi kami. Hmm, rasanya aku mahu tulis satu entry khas tentang Ma. Terlalu besar pengorbanan dia.

Huh, air mata bergenang lagi.
Mahu rasanya aku jaga dia hingga akhir hayatnya. Oh,Allah, panjangkanlah unurnya agar aku dapat berbakti padanya. Agar dia dapat merasa betapa tidak rugi pelaburan hidupnya selama ini, kerana anaknya ini mampu memberi keuntungan atas pelaburan semenjak tahun 1992 itu. Sejahterakanlah hidupnya Wahai Zat Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengasihani.
Hari ke-4 , Ma sudah beransur sembuh. Alhamdulillah. Dan, seperti biasa, kerjanya dibuat lagi. Berniaga lagi. Semoga terus kuat Ma. Sayang Ma.


3. belajar menjadi pemimpin yang baik - susah sikit nak cerita tentang ini. Banyak yang perlu di... :)
Apapun, bengkel di Sri Pantai, Bachok itu sangat best! Masih sempat berprogram di resort sebelum pulang ke Nilai untuk Program ALSP. Disitu aku belajar untuk menghargai masa walau seminit, belajar menjadi pengurus masa dan kerja yang baik, belajar untuk hidup dalam sebuah organisasi yang hebat dan banyak lagi. Mereka hebat2. Dan, aku harus jadi hebat juga. Juga pemimipin terbaik buat diriku!

Di Sri Pantai juga, aku bertemu mereka yang tersayang. Bermeeting sebentar. Walau minda tak mampu menumpukan perhatian, aku gagahkan juga. Maaf ya, malam itu sangat beremosi.hu.hu. Best juga, buddy tersayang sanggup pergi hantar balik rumah dengan motornya dengan kelajuan tahap aku hampir terbang.Kami sama-sama naik bas ke kampus malam itu.
*                                             *
Cuti seminggu berakhir.
Ma, Abah, A.Din hantar aku ke Stesen Bas Kota Bharu. Ramai di sana. Maklumlah cuti Raya Cina baru saja berlalu. Jumpa A.Peng juga. Comel aja nampak dari jauh. Dek tubuhnya yang sedikit rendah. Berdiri pula di tempat orang tinggi-tinggi. ( A.Peng : Jangan marah ya kalau baca ni. hi.hi. )



Comments

Popular Posts