Seni itu Anugerah buatmu..

Saguhati (tpt ke 6) dalam Pertandingan Khat peringkat Kebangsaan kategori Remaja.
Terbaiklah Baihaqie..
Hebat mg kie.. daripada 200++ orang, mg dapat nom 6..biso ngat doh tu.

Muslim Baihaqie a.k.a Kie,
satu-satunya adikku ini punya bakat luar biasa hebat dalam seni kaligrafi Islam.
Alhamdulillah..

Tangannya lentik bak daun kelapa melambai-lambai,,
Kulitnya mulus, licin bak bla..bla.. ( haha, xde kaitan malah pelawok blako)

Jenuh dia mengajarku buat khat, tapi tangan buruh ini manalah mampu melakar tulisan sehalus dia.
Malah jauh bezanya. huhu..
Suka kukongsikan sejarahnya di bidang ini.
Kerna bnyak yang aku belajar darinya.

Bakatnya tercungkil masa di Tingkatan 1(klu x slap la).
Biasa sekolah Arab (Sekolah Agama Rakyat) memang mewajibkan subjek Khat.
Pada awal2 belajar, dia seperti kanak2 lain yang selalu buat kesilapan.
Hurufnya herot, malah tebal ditempat yang tak sepatutnya tebal.
Macam - macam.
Suatu hari, ustazahnya puji hasil khatnya. Katanya bagus.
Padahal bagi Kie, tulisan sama saja seperti kanak-kanak lain.
Tapi itulah jasa seorang pendidik. Motivasi demi motivasi untuk anak didiknya.
Membuat adikku bersemangat luar biasa. Pujian ustazah memang bermakna baginya.
.antara pena2 khatnya.

Lama kelamaan, dia sudah kurang fokus pd Khatnya kerna bebanan kerja rumah & peperiksaan PMR.
Pindah ke sekolah baru, Maahad Pengajian Islam, dia kembali aktif.
Mula mewakili sekolah di peringkat Zon, Daerah dan Negeri.
...


Pertandingan pertama yg disertainya pd awal 2010 diumurnya 16.
sempena hari terbuka sebuah masjid di Pasir Pekan.
Kalah teruk baginya. Malah menyesal kami datang kesitu. Buat malu saja.
Tapi, bagiku, biasalah tu, kali pertama. Lagipun, dia bukan tahu cara2 pertandingan mcmana.
Kegagalan hari ini kunci kejayaan hari muka.


Benarlah, disaat pertama, pasti kita gentar.
Tapi ia harus dicuba. ditangani ketakutan itu. Pasti yakin selepas itu.

Lepas SPM, Allah buka ruang untuknya berkongsi ilmu dengan junior2 sekolahnya.
Dijemput menjadi 'ustad khat' di hujung minggu MPI.
Wah, maju sungguh..!
Niatkan kerana Allah, Kie. Ilmu tu milik Dia.

haa, Gohar Qalam kat sebelah tu antara orang hebat Khat. Kie blajar khat ngan dia la. Bukan direct menuntut, tapi menuntut ikut youtube. Tu je lah sumber yang ada utk dia.
Gayanya seperti tak ramai mahu membantu dia. Ustaz ustazah di sekolah baru sibuk2 mungkin. Tak sempat menumpukan perhatian padanya. Mujurlah Kie kuat. :)

Pertandingan terbaru,Pertandingan Seni Khat peringkat Kebangsaan 2012 di Maahad Muhammadi Perempuan, KB. 

Tadi call dia bertanya khabar pertandingan. Ramai yang datang. Bermacam jenis orang katanya. Ada yang berjanggut, ada yang macam ustaz2 hebat, ada jgk yang macam org 'alek siam'. Gerun dibuatnya. Dia hampir putus asa di awal2nya. Pertandingan itu 2 kategori. Remaja dan Dewasa. Untuk kategori remaja saja, sudah 200 lebih peserta. Dewasa tak yah kira banyaknya. Sebab itu, sangatku bangga dengan kejayaannya. 6/200. Hebatlah kan?? Satu-satunya wakil remaja Kelantan yang menang. Wah3..
Tahniah Kie. :)

Moga terus istiqamah perjuangkan seni Islam ini ye.
Acik doakan yang terbaik buat Kie.

P/s: ni ada lg la Kie.. apa kata?? :)
http://diwanikraf.com/tag/pertandingan-khat/



: bermenung menung,apalah yang mahu dihadiahkan pada budak ni :









Comments

  1. Tahniah sayangku๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Moga terus berjaya & cemerlang dunia akhirat, Aamiin ya Robbal aalamiin

    ReplyDelete
  2. Hai smua. Hahahah. Napok sgt bru jengak blog mu acit.

    Tahniahh kie. Hugs.
    Kne wt fb cpt tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts