Bila waktuku nanti..?

* Alfatihah buat murabbi kita atas pemergiannya petang td..
* Salam, minta semua sahabat2 sedekahkan alfatihah buat kawan sy yg baru meninggal..
* Saya baru dapat berita bhw rakan kita accident pagi tadi. Khabarnya patah paha dan bahu..
* Cik, cik dah tahu psl student Tamhidi meninggal sbb accident..?
* Mus, saya accident pagi tadi. Tak teruk pun. InsyaAllah ok. :)

Allahu Rabbi..
Kebelakangan ni ramai yang ditimpa musibah, ramai juga yg dijemput Ilahi menghadapNya.
Hati gementar saat mendapat perkhabaran begini.
Murabbiku meninggalkan kami dalam senyuman.. Aku..??
Bagaimana matiku nanti..?
Anak didik tarbiyahnya penuh di masjid datang untuk solat jenazah.. Aku??
Siapalah saja..
Seluruh Malaysia malah ke Mesir sana heboh akan pemergian Murabbi Tarbawi ini.. Aku??
Mungkin dikalangan saudara dan sahabat terdekat cuma.
Harapku, powerpuffs dan ben10 dapat ada disisi pada saat akhirku.

Malah jika boleh, mahu mereka yang mengusung keranda jenazahku ke liang lahad.
Bagi yang membaca, bolehkan? Terima kasih buat kalian. :)

Meninggal di umur muda bukan suatu yang pelik kan?
Rakan temanku meninggal pada umur 24 tahun.
Tapi meninggalnya kerna penyakit buah pinggang.
Khabaran itu kutahu melalui facebook.
Siap ditagnya simati. Tangan laju saja membuka new link.
Buat mengenal siapa arwah. Foto-fotonya kulihat.
Seram pun ada tengok gambar orang dah meninggal.
Tapi bila difikir-fikir semula, insaf sungguh!
Bagaimana nanti bilaku meninggal,..
Rasa insaf itu dishare dengan Esya si roommate. Kami terdiam sebentar.
Semoga nanti yang baik2 saja menjadi tatapan friends di wall facebook. InsyaAllah.

Bulan ini saja, banyak kes kecederaan dan kematian yang kudengar.
Beberapa orang terdekatku ditimpa musibah.
Ana Farhana accident dgn kereta. Taklah teruk katanya. Jatuh saja.
Tapi masa ku melawat keesokannya,bengkaknya belum surut.
Jalannya terhincut2. Kasihan Ana. Tapi tetap mahu menghantarku ke tangga asramanya ketikaku mahu pulang dari UKM. Itu kami panggil attending skill dalam istilah kaunseling. Gaya menghormati tetamu.
A.Peng pula accident,patah paha dan bahu. Baru saja kami jumpa di Putrajaya.
Ya Allah, kuatkan mereka..
Sungguh,setiap yang berlaku adalah kerja Tuhan. Dia bisa buat apa saja.


Bagi sesetengah orang, Jun merupakan bulan kesedihan buat mereka.
Pasti mereka punya kisah tersendiri kan. Ini contohnya.

Subhanallah,cukup terkesan dengan tulisan hati hasil ukhuwwah kernaNya.
Sang sahabat yang meninggal tetap diingati walau sudah bertahun pergi.
Mungkinkah aku dapat menjadi sahabat yang diingati sesudah matiku?  Allah...

Hari ini hari terakhir ALSP (Arabic Language Support Program).
Di hujung kelas,ustaz kami bagi tazkirah.
Jantung bagai disentak. Ustaz menyebut tentang mati.
“Ingatlah kematian. Kerna ia memberi banyak kebaikan pada kita.”
Mata berkaca. Entah kenapa, akhir2 ini, hati cukup mudah tersentuh.
Alhamdulillah. Sekurang kurangnya aku tak punya hati yg keras..

‘ Dimanapun kamu berada,kematian akan mendapatkan kamu,sungguh pun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh…’
(An Nisa: 78)

Betapa ajal itu tak cepat dan tak lambat walau sesaat.
Dan,akan tetap datang walau dimana kita berada.
Sekarang mungkin saja aku bersuka ria bersama teman2,
Entah beberapa minit lagi sang pencabut nyawa datang menemuiku.
Diri yang hina benar2 insaf.
.
.
..

Langit membiru bercampur oren. Angin petang bertiup lembut.
Menemani jalanku seorang diri dari kampus ke Kolej Akasia.
Bas sudah tiada jam 7.00 petang sebegini.
Fatini dan Wani sudah pun di restoran Mama menunggu utk iftor bersama.
Surah Ar Rahman kupasang sepanjang perjalanan 13 minit itu.
Sungguh damai..!
Fikiran berputar lagi akan kata2 ustaz tadi.
Dan, mata pun berkaca lagi. Oh!
Terima kasih Tuhan, hantarkanku ustaz buat memberi peringatan.
 
                                     *                  *
Sahabatku,
Masa yang ada sebentar cuma buat kita.
Terima kasih atas kasih dan cinta yang kalian curahkan.
Bahagianya hanya Allah yang tahu.
Mahu saja berlama-lama dengan kalian.
Tapi begitulah, jalan masih jauh perlu kita teruskan.
Tak mengapa,kita berpisah sebentar saja.
Nanti kita berkampung disyurga sana ya.  :)

Notakaki : 1. Bila tiba masanya, minta titipan itu dengan kepala ben10 ya.
      2. Semoga urusan Ma utk buat umrah dipermudahkan.
      3. Alhamdulillah settle ALSP, kini ELSP pula menunggu. Bismillah..


Comments

  1. mus...uhibbuki fillah...moga kita dapat bersama hingga ke syurga..ameen...tegurlah aku kalau aku salah...

    ReplyDelete
  2. mus, dok tau wakpo ble baco post mus hok n jantung debar.. kebelakangan n pon duk teringat kt arwah abah, ase kematian sgt dekat sgt dgn diri ini..sayu, malu n insaf ble ingt sumo dosa2 hok prnh buat..gano nk ngadap Allah dgn dosa bertimbun gni..Astarfirullah..moga husnul khotimah milik kte..Amin..

    ReplyDelete
  3. nur ketenangan : ya.. :)

    nor : uhibbuki fillah t0o.. tegur ak jua syg.. :')

    bie : xpo bie, org yg selalu ingatkan kematian adalah org2 y bijak.. insyaallah husnulkhatimah milik kita. aminn.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts