Nama itu Doa.


"Abe Din, Kak Za call tadi, dia pesan suruh tukar nama baby kalu A.Din tak isi lagi borang nama baby tu. Dia suruh letak Musliha ddepan (kat depan). Siti Aisyah Musliha la.." beritahuku pada abang yang sedang 'menguli' doh roti canai yang baru beberapa hari dapat baby perempuan. Anak keempatnya.

"Eh, dok eh.. ikut yang tu la (yang lama). Siti Aisyah Musfirah."

"Ehh??"

Musfirah? monologku sendirian. Diam.

"Oh? Buke (bukan) Musliha? Tadi Kak Za sebut Musliha?"

"Dok (tak).. Siti Aisyah Musfirah la.."

Senyum. Sengih. " Musfirah? hee,bakpo letak Musfirah?"

Tanpa berpaling kearahku. "Pasal comey maksud dia bila duk sekali. Aisyah Musfirah.."

Sengih makin lebar. hua3.. "Aisyah gapo maksud dia A.Din? Nama bini (isteri) Nabi kan."

"Aisyah, yang bahagia. Musfirah, yang berseri-seri.. " jawab A.Din.

"Pah (lepas tu) berseri-seri la Atie ni.. hehe.." selorohku.

"hahahaha.." hanya itu jawapan A.Din. Bukan ya atau tak. Tapi aku tahu, hahaha itu pengganti YA. kua3.. :P   TQ a.din

"Emm, comey, Aisyah Musfirah.(puji diri sendiri. :P ) Kalu ikut hok Kak oyak (gtau) ko Atie, Musfirah tu maksud dia wajah yang berseri-seri di hari Akhirat. Safara tu maksud kuning. Yang kekuning-kuningan gitu.. InsyaAllah.." Hati sayu.

"emm.." Sambil tangannya laju mengadun doh roti.

"Takpo nama gapo pun, maksud molek.."  .Senyap.

"Acik, abih doh pisang.." Putri, anak buahku mematikan perbualan.

"Ya, ya.. G basuh tangan nuh. Acik nak g buat kerja..".

-------------------------------------------*-------------------------*-------------------------------------
Termasuk baby baru ni, dah 3 orang anak buahku dinamakan dengan namaku.
Musmarissa Nabiela bt Mohamad Abu Bakar.
Musfirah Naazneen bt Mohamad Abu Bakar.
Siti Aisyah Musfirah bt Musytaqyuddin. (kalu jadi)

Kak Ha kata, nak bagi nama supo Acik,,
Nak bui jadi supo Acik. (Nak bg jadi macam Acik)
Allahu..

Entah nak jadi supo Acik part mane..
Kata2 itu benar2 menyentap diri, sewaktu Kak Ha nak menamakan Marissa beberapa tahun dulu.

Musfirah_ yang berseri-seri di hari Akhirat.
Mampukah diri yang hina penuh dosa ini berseri di SANA nanti?
Allah.. Malu rasanya. Terlalu diri ini tak layak.

Nabiela (Nabilah) _ yang bijaksana.
Kemana sudah aku salurkan nikmat pemberian Tuhan yang ini?
Astaghfirullah..
Terlalu alpa selama ini.
 
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.” (Surah al-Araaf, ayat 24) 


Semoga anak-anak yang dilahirkan menjadi permata berharga buat Islam. 

Kalau diberi peluang menamakan anak buahku, nak letak nama Mustafa Masyhur la. Hasan Al Banna ker..hehe. Emm, menarik! (ambik kertas buat list semua tokoh Islam. Pasni abang n kak aku cuma pilih je.hee )
Anak sendiri..??? ehem.biar ayoh dia la pilih..haha :P 

Jangan lupa pilih nama yang baik-baik untuk anak-anak.
Kerana panggilan padanya itu doa.
selamat menjadi ibu dan ayah yang baik dan contoh kepada anak-anak!  :)
*tetiba  
(erm,mgkin boleh tribute pd Bonda Khai, A.Muin, K.Yat n A.Peng yg baru berMBM,.huu)

Salam Isra' Mikraj.

Comments

  1. nyo ppakat kene ko namo hok kak bubuh 21 thn dulu : MUSFIRAH NABIELA....... memang makna yg baik...sebaik tuannye? In sya Allah...:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts